Monday, March 28, 2011

Novel Hati Bergetar Rindu by Dhiya Zafira

Tajuk Novel: Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira

Seperti yang dijanjikan.Entri Khas untuk Kak Dhiya Zafira. (^_^)

Kalau dulu masa kecik(sampai sekarang pun) memang takut gila dengan pistol polis sebab selalu ikut mak pergi Office,pastu pakcik-pakcik tu suka bawak pistol masuk office mak.. Then sakat-sakat saya. So masa kecik rasa macam polis jahat and suka buli-buli..hahaha..Mak dulu kakitangan awam kat Balai Polis....

Tapi lepas baca novel ni baru rasa macam...Wah!Polis memang herolah!..muahahaha..Sebenarnya nak cuba habiskan baca novel ni tepat pada 25 march 2011 Sempena Hari Polis yang ke 204,tapi rasanya masih belum terlambatkan untuk ucap selamat Hari Polis kepada semua polis-polis gagah perkasa yang berkhidmat untuk negara..ceewah..(^_^)Y

Entri kali ni,fokus untuk Review Hati Bergetar Rindu tulisan Dhiya Zafira. Cerita ni penuh aksi. Bagus,jalan cerita sangat fokus pada subjek utama cerita dan tak meleret-leret.Paling suka sebab jalan cerita tak boleh nak diagak. Walaupun saya dah start curiga bila Fazil tu Alzheimer walaupun dia jenis yang banyak membaca.Novel yang mendebarkan. Takut nak keluar malam sengsorang pasni.ehehe..

Dari segi plot,saya suka cara Dhiya Zafira buat cerita ni ada interval ditengah-tengah. Menarik. Tapi kalau latar masa,diletakkan secara lebih tepat tarikh,tahun dan masa,saya rasa lagi bagus,sebab lagi mudah nak kira.Saya ambil contohya macam novel Mandatori karya Ramlee Awang Murshid.

Elemen cinta yang dimasukkan jugak okay,tapi saya masih lagi suka babak-babak yang aksi,cemas dan mendebarkan.JKP dulu lagi makan dalam rasanya babak main perasaan Rif dan Afi. Entah kenapa saya rasa macam okay je Ari punya kepala batu tu,lagipun Sid kan sabar.. (-_-)!

Mak cakap sebenarnya Polis tak boleh kahwin senyap-senyap dan tak report pada Jabatan. Sebab tugas mereka bahaya,takut nanti jika apa-apa berlaku semasa bertugas,isteri yang ditinggalkan tak dapat buat apa-apa tuntutan. Reaksi pegawai atasan tu pun macam tak berapa nak terperanjat je bila Sid beritahu Ari tu isteri dia.Tapi mak kata takpe,kemudian-kemudian nantikan Sid register. Asalkan bagitahu sudah..hmmm....mak yang kata.. (-_-)!

Lagi satu usaha Dhiya Zafira masukkan watak-watak dari novel beliau yang sebelum ni ke dalam babak Ari pergi umrah memang sangat-sangat saya puji. Buat pembaca rasa macam makin tertarik nak cari novel yang sebelum ni. Boleh tak nangis baca part Afi call Jimmy then tak cakap apa just nangis je tu. Saya pon sibuk nak gembeng cam Afi apehal??ehehe..

Kesimpulannya,Dhiya Zafira did awesome for this novel.2 thumbs up! Saya harap sangat ramai lagi penulis Malaysia yang muncul dengan novel yang macam ni. Genre Romance Thriller macam ni.

Farhana Kadir Rahim:Can't wait for Jimmy's Story la kak Dhiya..Saya dah tak sabar ni..hehe..by the way,antara ramai-ramai hero kak Dhiya,Bonda paling suka Izz. (^_^)

No comments:

Post a Comment